Pada bulan Ogos tahun lepas, antara siri Marvel untuk Disney+ yang diumumkan adalah Moon Knight. Oscar Isaac dilaporkan adalah antara calon pilihan Disney untuk membintangi siri TV ini. Beliau dikatakan dicalonkan untuk memainkan watak Marc Spector ataupun Moon Knight.
Terkini, Twitter Marvel Studios mengesahkan yang Oscaar Isaac adalah pelakon utama bagi siri TV ini. Mereka menciap separuh wajah Oscar dengan dandanan rambut baharu serta latar belakang Moon Knight.

Beliau sebelum ini terkenal sebagai Poe Dameron di dalam filem Star Wars dan juga Apocalypse di dalam X-Men: Apocalypse. Oscar Isaac turut dipilih sebagai Solid Snake untuk filem Metal Gear Solid akan datang. Moon Knight diumumkan bersama dengan She-Hulk dan Ms. Marvel di mana kedua-duanya sudah menerima pelakon utama iaitu Tatiana Maslany untuk She-Hulk dan Iman Vellani sebagai Ms. Marvel.


