Skip to main content

Pad bulan Ogos tahun lepas, Disney mengumumkan tiga lagi siri TV MCU untuk Disney+ – iaitu She-Hulk, Moon Knight dan juga Ms. Marvel. Semalam, Kat Coiro telah dilantik sebagai pengarah bagi siri TV ini bersama-sama dengan Jessica Gao sebagai penulis skrip dan dikhabarkan penggambaran hanya akan bermula pada tahun hadapan.

Terkini, Disney telah memilih Tatiana Maslany sebagai pelakon bagi siri TV ini. Tatiana akan memainkan watak Jennifer Walters, iaitu sepupu kepada Bruce Banner. Jennifer juga adalah seorang peguam, yang mana menerima pendermaan darah dari Bruce akibat kecemasan. Secara tidak langsung beliau memperoleh kuasa Hulk dan berubah menjadi She-Hulk. Tetapi berbeza dengan Hulk, beliau masih ada kepintaran dan personaliti diri sendiri.

Leave a Reply