Skip to main content

Pada bulan Ogos tahun lepas, antara siri Marvel untuk Disney+ yang diumumkan adalah Moon Knight. Hari ini, The Hollywood Reporter melaporkan yang Oscar Isaac adalah pilihan Disney untuk melakonkan watak utama bagi siri tersebut, kemungkinan besar Marc Spector ataupun Moon Knight.

Beliau terkenal sebagai Poe Dameron di dalam filem Star Wars. Penglibatan dengan Marvel, beliau adalah Apocalypse di dalam X-Men: Apocalypse.

Selain itu, dilaporkan juga Jeremy Slater akan menjadi menyelia pembangunan dan juga penulisan bagi siri ini. Beliau sebelum ini bertanggungjawab untuk membawa The Umbrella Academy sebagai siri Netflix.

Moon Knight diumumkan bersama dengan She-Hulk dan Ms. Marvel di mana kedua-duanya sudah menerima pelakon utama iaitu Tatiana Maslany untuk She-Hulk dan Iman Vellani sebagai Ms. Marvel.

Leave a Reply