Deadline hari ini melaporkan yang Disney dan Marvel akhirnya mempunyai pelakon untuk watak Kamala Khan buat siri Disney+ Ms. Marvel iaitu Iman Vellani yang merupakan seorang pelakon baharu. Siri tersebut akan diarah oleh Adil El Arbi, Bilalla Fallah, Sharmeen Obaid-Chinoy dan Meera Menon.

Ms. Marvel ataupun Kamala Khan merupakan adiwira Marvel yang menggunakan watak rakyat Amerika yang mempunyai keluarga berasal dari Pakistan. Beliau juga merupakan watak beragama Islam pertama untuk Marvel.

Ketua Marvel Studios Kevin Feige sebelum ini telah mengumumkan yang selepas hadir sebagai siri TV, watak tersebut juga akan disertakan di dalam filem-filem Marvel akan datang.

Siri Disney+ Ms. Marvel dijangka akan tiba pada tahun 2021.

Sohor Kini