D23 Expo merupakan acara khas yang dianjurkan oleh Disney khas untuk peminat-peminat mereka. Di acara tersebut, Kevin Feige iaitu presiden Marvel Studio mengumumkan tiga lagi siri berdasarkan marvel akan disertakan untuk Disney+.

Tiga siri tersebut adalah Ms. Marvel, Moon Knight dan She-Hulk. Ia akan menyertai Loki, WandaVision, The Winter Soldier dan Hawkeye yang diumumkan sebelum ini.
Sama ada Ms. Marvel, Moon Knight dan She-Hulk akan tiba semasa fasa ke-4 masih tidak di sahkan lagi, tetapi berdasarkan laporan kesemua siri baharu tersebut akan dikeluarkan selepas Hawkeye iaitu suku akhir 2021. Jadi kemungkinan sekitar 2022.
Selain itu, Kevin Feige turut mengesahkan yang Ms. Marvel akan muncul dalam filem-filem MCU akan datang. Menurut Kevin Feige, beliau ingin wanita muslim menerima inspirasi daripada Captain Marvel. Disebabkan itu filem Captain Marvel diperkenalkan terlebih dahulu. Ada kemungkinan besar, kita akan lihat gandingan bersama antara Captain Marvel dab Ms. Marvel dalam satu filem atau siri TV yang sama.