Skip to main content

Filem Metal Gear Solid masih di peringkat awal produksi, seperti diumumkan sebelum ini ia akan diarahkan oleh Jordan Vogt-Roberts yang sebelum ini mengarah Kong: Skull Island. Berdasarkan laporan oleh Deadline, Sony Pictures ingin Oscar Isaac untuk melakonkan watak utama bagi filem tersebut iaitu watak legenda Solid Snake.

Pada tahun lepas, Boss Logic iaitu pereka grafik terkenal, telah menghasilkan poster untuk filem ini dan menjadikan Oscar Isaac sebagai Solid Snake. Bahkan Jordan Vogt-Roberts mengatakan yang pemilihan pelakon masih tidak bermula pada waktu itu, tetapi beliau terbukan dengan pilihan oleh Boss Logic.

Filem ini akan mengadaptasi permainan ketiga bagi siri Metal Gear iaitu Metal Gear Solid yang dikeluarkan pada tahun 1998. Vogt-Roberts mengatakan yang mereka akan cuba untuk mengikut gaya penceritaan oleh Hideo Kojima bagi filem ini.

Leave a Reply