Seperti anda sedia maklum, permainan MMORPG Black Desert sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One yang mana ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh Pearl Abyss.
Terkini, mereka mengumumkan yang mana permainan ini akan menerima fungsi rentas platform bagi kedua-dua konsol tersebut bermula 4 Mac 2020 ini.
Sekaligus melalui fungsi ini, pemain berupaya untuk bertemu pemain-pemain lain antara konsol PlayStation 4 dan Xbox One secara atas-talian terus di dalam dunia Black Desert tersebut. Semestinya fungsi ini adalah fungsi yang bagus dan sangat dinantikan antara pemain dan bagi anda yang mempunyai rakan di konsol yang berbeza, semestinya ia adalah satu kemudahan yang baik.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan Black Desert, ianya sudah pun dilancarkan dan dijual dengan harga bermula RM127 melalui PSN Store.
Selain itu, permainan ini juga mempunyai versi permuanya tersendiri yang dilancarkan sekitar tahun lepas. Pearl Abyss juga sebelum ini mengumumkan permainan Crimson Desert, iaitu permainan sampingan berdasarkan dunia Black Desert.


