Skip to main content

Sebelum ini Pearl Abyss mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Black Desert di konsol Xbox One. Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu pada 4 Mac 2019.

Black Desert asalnya merupakan permainan MMORPG yang dilancarkan di PC. Melalui versi konsol Xbox One, Pearl Abyss menyatakan bahawa mereka akan membangunkannya secara khas dengan sokongan alat kawalan Xbox One.

Bagi anda yang berminat, permainan tersebut kini sudah boleh dipra-tempah melalui kedai atas-talian Microsoft Store, yang mana ianya mempunyai 3 versi. Setiap versi tersebut akan mempunyai kandungan yang berlainan bersama-sama dengan harga berbeza.

Bagi Black Desert Standard Edition, ianya dijual dengan harga $29.99(~RM124) dan ianya menyertakan bersama 30 hari Value Pack, haiwan peliharaan German Shepherd, 500 Pearls dan akses awal 24 jam.

Edisi kedua pula iaitu Black Desert Deluxe Edition, menyertakan 60 hari Value Pack, haiwan peliharaan German Shepherd, rumah bertahap ke-3, perisai Trina Knight Horse, 1000 Pearls dan akses awal 48 jam. Edisi ini dijual dengan harga $49.99(~RM206).

Edisi terakhir, Black Desert Ultimate Edition, dijual dengan harga $99.99(~RM412) dan ianya menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti kostum Shudad, Pack Value 90 hari, haiwan peliharaan German Shepherd dan Young Fogan bersama-sama dengan rumah tahap ke-5. Selain itu, Pearl Abyss juga akan menyertakan perisai Trina Knight Horse, Trini Knight Wagon, 10 EXP Scrools untuk kemahiran pertempuran dan nyawa. Selain itu, Horse Flute, Storage Maid dan 3000 Pearls akan disertakan juga bersama-sama dengan akses awal sebanyak 72 jam.

Menurut Pearl Abyss permainan ini merupakan permainan yang hanya perlu dibayar sekali sahaja dan segala kandungan tambahan pada masa akan datang akan disertakan secara percuma termasuklah kelas watak baharu, kawasan baharu dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Black Desert oleh Pearl Abyss pada 4 Mac 2019 ini khas di konsol Xbox One.

Leave a Reply