Pearl Abyss sebelum ini baru sahaja melancarkan permainan MMORPG Black Desert di konsol Playstation 4 dan versi Xbox One dan PC beberapa bulan lepas.
Terkini, Pearl Abyss mengumumkan yang mana mereka kini juga melancarkan permainan tersebut versi permua di Android. Bagi versi iOS pula, ianya dijangka bakal tiba pada 12 Disember 2019 ini.
Black Desert Mobile merupakan permainan MMORPG yang mana ianya adalah versi permua yang berdasarkan versi Black Desert yang dilacnarkan sebelum ini. Memandangkan versi permua ini memfokuskan penggunakan bersama peranti telefon pintar, ianya juga mempunyai bentuk yang lebih ringkas dengan kawalan dengan skrin sesentuh.
Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh muat-turunnya di bawah bagi pemilik peranti Android. Manakala bagi anda yang memiliki peranti iOS, anda mungkin perlu menanti sehingga Disember ini. Namun, pra-tempahan untuk versi iOS juga boleh dilakukan di bawah.
[info] Pra-Tempah iOS: Black Desert Mobile [/info] [download] Muat-Turun: Black Desert Mobile [/download]