Black Desert Akan Tiba Untuk PlayStation 4 Pada Ogos Ini

Bulan lepas, Pearl Abyss mengumumkan yang permainan MMORPG Black Desert akan dikeluarkan untuk PlayStation 4. Semasa pengumuman tersebut mereka hanya mengumumkan yang ia boleh di pra-tempah bermula bulan ini.

Hari ini, mereka berkongsi satu video acah bersempena pra-tempah tersebut dan mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut akan tiba pada 22 Ogos 2019.

Buat masa ini, ia masih tidak disenaraikan di PlayStation Store Malaysia, namun ia dijangkakan dijual dengan harga bermula $29.99 (RM124) dan pemain yang pra-tempah bakal mendapat barang di dalam permainan serta dapat bermain 2 hari lebih cepat.

Sohor Kini