Siri Black Desert bukan sahaja adalah salah satu permainan MMORPG yang sangat terkenal di PC, malah ianya juga tiba di konsol dan baru-baru ini versi permua juga diperlihatkan di Android.

Kali ini, juga di acara G-Star 2019 selepas sahaja pengumuman dua permainan oleh Pearl Abyss sebelum ini, mereka juga mengumumkan Crimson Desert secara rasmi yang mana ianya juga adalah permainan fantasi dunia terbuka MMORPG yang diletakkan di dalam dunia Black Desert dan penceritaan sebelumnya.

Melaluinya, permainan ini akan memfokuskan Macduff iaitu seorang tentera upahan bersama pasukannya. Pemain kemudian akan bertemu pelbagai watak dan setiap satunya mempunyai penceritaan sendiri yang akan berkait dengan watak pemain.

Menurut Jason Lung iaitu penerbit permainan ini, Crimson Desert disahkan akan mempunyai kandungan penceritaan yang sangat mendalam dengan pelbagai bentuk dan kandungan dunia terbuka yang bebas untuk pemain terokai.

Pearl Abyss juga mengesahkan bahawa permainan ini akan dilancarkan di konsol dan PC. Namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Buat masa ini, informasi lain masih belum diumumkan dan kami akan mengemaskini setelah ianya diperlihatkan kelak. Bagi video acah rasmi, ianya boleh ditonton di bawah yang mana kelihatan permainan ini akan menyertakan pelbagai bentuk adegan dan lakonan suara latar yang sangat mendalam.

Sohor Kini