Melalui akaun rasmi Twitter, permainan NieR: Automata, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan tersebut kini mencapai hasil edaran dan jualan digital sebanyak 3.5 juta salinan.
PlayStation®4/Xbox One/Steam「NieR:Automata」の世界累計出荷・ダウンロード販売本数が350万本を突破いたしました。発売から2年が経とうとしておりますが、変わらずサポートいただき、誠にありがとうございます。 #ニーア #NieR pic.twitter.com/QO0Zy5GeMH
— NieR公式PRアカウント (@NieR_JPN) December 5, 2018
Hanya pada Jun lepas sahaja permainan tersebut dilaporkan mencapai hasil edaran sebanyak 3 juta dan mana kini selepas 6 bulan bersama dengan pelancarannya di konsol Xbox One, ianya kini mencapai sebanyak 3.5 juta salinan.
Tambahan itu, Square-Enix juga mengatakan bahawa hasil jualan permainan tersebut di pasaran Asia juga mencapai lebih dari 1 juta salinan.
Sememangnya permainan tersebut mendapat sambutan ramai oleh peminat terutamanya watak 2B yang menjadi kegilaan ramai. Sebelum ini Square-Enix dan Bandai Namco juga mengumumkan bahawa watak 2B juga bakal tiba di permainan Soul Calibur VI sebagai watak tetamu khas.
NieR: Automata merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Platinum Games dan dilancarkan oleh Square-Enix di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami dari Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat Platinum Games dan Square-Enix atas kejayaan ini.


