Informasi Permainan Video Terkini
NieR: Automata Become As Gods Edition Diumumkan Buat Xbox One

NieR: Automata Become As Gods Edition Diumumkan Buat Xbox One

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Tampaknya permainan aksi NieR: Automata yang dilancarkan sebelum ini di Playstation 4 dan PC bakal tiba buat konsol Xbox One. Ketika acara persidangan Xbox hari ini, Square-Enix mengumumkan permainan Platinum Games tersebut akan dilancarkan sebagai Become As Gods Edition.

Melalui NieR: Automata Become As Gods Edition, ia akan dilancarkan di Xbox One dengan kesemua DLC-DLC kostum yang dilancarkan sebelum ini di konsol sebelum ini.

Ini merupakan satu berita yang menarik memandangkan permainan tersebut telahpun mencapai hasil edaran dan jualan digital melebihi 3 juta salinan, dengan membawanya ke konsol Xbox One, semakin ramai pemain berpeluang untuk bermain permainan tersebut.

Menurut Square-Enix, NieR: Automata Become As Gods Edition akan dilancarkan di Xbox One pada 26 Jun ini.


TIPS & ULASAN