Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi NieR: Automata, diumumkan yang permainan tersebut sudah diedarkan dan terjual secara digital sebanyak 3 juta unit.

Permainan ini dikeluarkan pada Februari 2017 dan versi PC sebulan selepas itu. NieR sebelum ini mencapai jumlah 2 juta unit pada September 2017, 2.5 juta unit pada Mac 2018.

NieR: Automata merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Platinum Games dan dilancarkan tahun lepas oleh Square Enix untuk Playstation 4 dan PC. Tahniah kami ucapkan untuk Square Enix dan Platinum Games.

Sohor Kini