Skip to main content

Siri permainan perlawanan Soul Calibur sememangnya terkenal dengan watak-watak tetamu dari pelbagai francais permainan lain. Dimana sebelum ini, permainan tersebut telah pun dilancarkan dengan watak Geralt Of Rivia dari siri permainan The Witcher buat Soul Calibur VI.

Terkini, ketika acara Paris Games Week 2018 yang berlangsung hari ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa watak tetamu seterusnya bakal tiba buat permainan tersebut iaitu 2B dari permainan NieR: Automata.

https://www.youtube.com/watch?v=35H8A4wO5jw

YoRHa No. 2 Type B ataupun lebih dikenali 2B merupakan robot android dari permainan NieR: Automata yang dikeluarkan oleh Square-Enix tahun lepas. Beliau sangat terkenal dengan senjata pedang katana Virtuos Treaty yang mana ianya juga boleh digunakan di dalam permainan ini.

Menurut Bandai Namco, watak 2B akan disertakan melalui pas musim permainan tersebut yang mana juga akan menyertakan kostum tambahan buat 2B bersama-sama kostum-kostum khas lain dan senjata tambahan lain. Menariknya juga, Bandai Namco juga akan menyertakan peta kawasan khas dan muzik latar daripada permainan tersebut.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 19 Oktober 2018 lepas.

Leave a Reply