PlayStation dan Team Asobi telah mengumumkan yang alat kawalan DualSense Edisi Terhad Astro Bot akan ditawarkan bermula 6 September 2024 iaitu tarikh pelancaran untuk permainan Astro Bot di PlayStation 5.
DualSense ini menyertakan rekaan dengan warna seperti Astro Bot, warna biru di bahagian pemegang dan juga butang, terdapat juga hiasan garisan seperti satu robot dan juga sepasang mata di bahagian pad sesentuh.
DualSense Edisi Terhad Astro Bot ini akan ditawarkan dengan jumlah yang terhad dengan harga RM399, sesi pratempahan melalui pengedar-pengedar rasmi akan bermula pada 9 Ogos 2024.

Astro Bot akan dilancarkan pada 6 September ini untuk PlayStation 5 dan anda boleh baca pandang pertama kami melalui pautan berikut – Pandang Pertama Astro Bot – Platforming Yang Ceria Dan Mencabar.
Semalam, PlayStation juga telah mengumumkan yang PlayStation Portal akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Oktober dengan sesi pratempahan bermula pada 5 Ogos ini.