PlayStation telah mengumumkan yang PlayStation Portal akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada 9 Oktober ini dan akan ditawarkan dengan harga RM999. Sesi pra-tempahan akan dibuka bermula pada 5 Ogos di pengedar-pengedar rasmi.
PlayStation Portal merupakan peranti yang tidak boleh memainkan permainan secara kendiri dengan kegunaan utamannya adalah untuk menstrim permainan daripada PlayStation 5 melalui sambungan internet.
Ia menyertakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1080p dengan sokongan kadar kelancaran sehingga 60FPS. Skrin ini menggunakan panel LCD. Melengkapi peranti ini adalah alat kawalan DualSense yang terbina.
Peranti ini menyokong sambungan menggunakan Wi-Fi dan menurut PlayStation, keperluan minimum adalah kelajuan internet 5Mbps tetapi untuk pengalaman terbaik memerlukan 15Mbps atau lebih.