Saw XI Akan Tiba Di Pawagam 27 September 2024

Saw X adalah antara filem Saw yang terbaik. Ia mempunyai penceritaan yang lancar, mempunyai aksi yang cukup ganas dan ngeri serta mendedahkan sisi baik John Kramer dengan menyertakan antagonis lain. Ulasan di Aksiz pun menerima skor 8/10 – Ulasan Saw X, antara yang tertinggi untuk filem genre ini.

Terbaru, Lionsgate telah mengesahkan yang Saw XI akan ke pawagam seawal tahun hadapan. Tarikh yang diacah adalah pada 27 September 2024 dengan poster nombor roman. Tiada butiran filem didedahkan, tetapi dijangka akan meneruskan penceritaan John Kramer/Jigsaw lakonan Tobin Bell sebelum dia mati.

Filem Saw masih boleh diteruskan kerana Saw X mempunyai kutipan yang memberangsangkan. Bajet filem hanya $13 juta, tetapi kutipan mencapai lebih $108 juta. Dengan klasifikasi baharu untuk filem oleh LPF diperkenalkan, filem ganas dan ngeri boleh ditayangkan di pawagam Malaysia dengan sedikit potongan.

Sohor Kini