Pengelasan filem ataupun Klasifikasi filem buat masa ini hanya mempunyai tiga klasifikasi berbeza iaitu U, P13 dan juga 18. Melalui kemaskini untuk Akta Penapisan Filem 2002, kerajaan telah memperkenalkan Peraturan-Peraturan Penapisan Filem (Pengelasan Filem) 2023 yang membuat penambahan klasifikasi.

Berikut adalah klasifikasi-klasifikasi filem baharu;

  • U – Kategori ini adalah bagi penonton semua peringkat umur
  • P12 – Kategori ini adalah bagi penonton semua peringkat umur dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton yang berumur di bawah dua belas tahun
  • 13 – Kategori ini adalah bagi penonton yang berumur tiga belas tahun ke atas
  • 16 – Kategori ini adalah bagi penonton yang berumur enam belas tahun ke atas
  • 18 – Kategori ini adalah bagi penonton yang berumur lapan belas tahun ke atas

Penambahan yang disertakan adalah P12 dan juga 16, selain daripada itu P13 yang sebelum ini turut boleh ditonton untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dengan bimbingan ibu bapa, hanya boleh ditonton untuk yang berumur 13 tahun ke atas sahaja begitu juga untuk 16 dengan ia hanya boleh ditonton oleh penonton berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Klasifikasi baharu ini akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2023.

Sumber: Lowyat

Sohor Kini