Skip to main content

Skull & Bones sudah lebih enam kali ditangguhkan kerana pelbagai isu teknikal dan perubahan mendadak daripada skop asal. Di The Games Awards sebentar tadi, tarikh pelancaran permainan ini kini ialah 16 Februari 2024. Treler baharu mengekalkan premis pemain mengawal watak lanun dengan kebolehan bermain dengan dua lagi kawan secara atas talian.

Kali pertama diumumkan ialah pada tahun 2017 dengan ia pada asalnya akan dilancarkan pada tahun 2018. Ia sudah dibangunkan sejak 2013 pada awalnya sebagai DLC untuk Assassin’s Creed IV : Black Flag. Pelbagai isu di studio Ubisoft Singapore menyebabkan permainan ini dipercayai dibangunkan semula beberapa kali sebelum berubah menjadi permainan MP atas talian.

Leave a Reply