Skull & Bones sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2018, akan tetapi selepas beberapa kali ditunda permainan tersebut tidak disahkan bila ia akan dikeluarkan. Melalui perkongsian bersama dengan pelabur, Ubisoft telah mengumumkan yang permainan tersebut seawalnya akan dikeluarkan pada tahun 2022 ataupun 2023.
Ini adalah bukan satu perkara yang mengejutkan kerana pada tahun lepas, Ubisoft telah dilaporkan memulakan semula pembangunan Skull & Bones untuk menjadikan ia satu permainan yang lebih memfokuskan kepada perkhidmatan langsung dengan menyertakan acara-acara seperti Fortnite.
Ubisoft juga telah mengumumkan yang bersama dengan permainan mercu, mereka juga akan memfokuskan kepada permainan percuma, dengan perkembangan terbaru ini ada kemungkinan yang Skull & Bones akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan apabila ia tiba kelak.


