Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terkini Skull & Bones Menunjukkan Sistem Peperangan Dan Kelas-Kelas Kapal

Trailer Terkini Skull & Bones Menunjukkan Sistem Peperangan Dan Kelas-Kelas Kapal

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Tahun lalu Skull & Bones diperlihatkan kepada umum dan segera mendapat perhatian dari peminat Assassin Creed IV Black Flag kerena tema lanun yang sama. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana kedua-dua permainan menerima sentuhan Ubisoft Singapore. Di acara khas Ubisoft pada tadi lebih banyak maklumat mengenai permainan ini dikongsi.

Seperti Assassin’s Creed Odyssey, pemain nampaknya boleh memilih jantina watak kapten yang ingin dimainkan. Mengikut sejarah, terdapat ramai lanun wanita ketika zaman emas lanun dahulu terutamanya di Asia. Tidak seperti Black Flag yang menggunakan latar belakang Caribbean, Skull & Bones berlatar belakangkan Lautan Hindi. Pemain perlu berhadapan dengan armada kuasa besar dunia pada waktu tersebut iaitu Portugis dan British.

Sebelum melakukan misi, pemain boleh melakukan kustomasi kosmetik seperti figura pada bahagian hadapan kapal, corak layar dan roda kapal. Selain daripada itu pemain juga boleh memilih jenis senjata yang ingin digunakan seperti tukul haluan kapal, mortar, meriam, misil dan juga meriam tabur. Sistem senjata yang digunakan pada Black Flag dipertingkatkan lagi dengan lebih banyak variasi. Senjata-senjata ini juga nampaknya dihadkan kepada jenis kapal tertentu. Jadi bolehlah diandaikan jenis kapal adalah class system seperti yang dilihat di dalam permainan World of Warships.

Trailer permainan dan gameplay yang diperlihatkan turut memberikan penekanan kepada permainan secara berkumpulan bagi mengalahkan kapal berkelas frigate yang digunakan oleh armada musuh. Tambah menarik usai mengalahkan kapal musuh yang dikawal komputer, pemain bebas untuk menikam belakang antara satu sama lain seperti petualang laut sebenar.

Tarikh pelancaran Skull & Bones belum diumumkan. Ubisoft hanya mengatakan ia akan muncul pada tahun 2019. Bagi mereka yang rindu ingin menjadi lanun sejak Black Flag and Rogue, Skull & Bones mungkin akan dapat mengubatinya kelak.


TIPS & ULASAN