Rockstar Games melalui perkongsian di laman sosial X, telah mengacahkan yang ‘treler 1’ akan dikongsi pada 5 Disember 2023, akan tetapi tidak mengatakan treler untuk apa. Namun, kita boleh jangkakan yang ia adalah untuk permainan Grand Theft Auto yang seterusnya iaitu GTA VI.

Mereka sebelum ini juga telah mengatakan yang akan berkongsi treler untuk permainan seterusnya bagi siri ini pada bulan Disember bersempena dengan ulang tahun ke-25 bagi siri permainan dunia terbuka paling popular ini.
GTA V permainan yang dikeluarkan pada 10 tahun lepas merupakan antara permainan paling laris sepanjang zaman dengan sudah terjual melebihi 180 juta unit setakat ini.