Skip to main content

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini Rockstar Games secara rasminya mengesahkan akan mempertontonkan treler pertama untuk permainan Grand Theft Auto akan datang pada awal Disember 2023 kelak.

Treler ini juga akan dipertontonkan bersempena dengan ulang-tahun ke-25 untuk Rockstar Games. Walaupun terdapat beberapa permainan dibawah mereka, GTA merupakan salah satu yang popular dan diminati peminat seluruh dunia.

Dengan pencapaian permainan berkenaan setakat ini, semestinya ramai yang menantikan apakah bakal dibawakan oleh Rockstar melalui GTA akan datang, atau GTA 6 kelak. Sama-sama kita nantikan Disember ini untuk melihat kejutan dan pembaharuan yang disertakan melalui GTA baru kelak.

Leave a Reply