Grand Theft Auto V (GTA V) kini disahkan sudah terjual sebanyak 180 juta unit. Walaupun sudah hampir berusia 10 tahun, Take Two Interactive mengatakan sebanyak 5 juta unit GTA V berjaya dijual pada suku yang lalu. Angka jualan GTA V adalah amat mengagumkan kerana ia permainan yang ditawarkan pada tiga generasi konsol berbeza sejak dilancarkan.
Ini meletakkan GTA V di belakang Minecraft yang memegang rekod jualan tertinggi 238 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2011. Lebih menakjubkan bagi GTA V ialah ia menyumbang hampir separuh daripada 400 juta unit terjual sejak siri GTA dilancarkan pada tahun 1997.
Pembangunan GTA VI sedang dilakukan sekarang oleh Rockstar namun tarikh pelancarannya masih lagi dirahsiakan.