Siri Rebel Moon Zack Snyder Menerima Komik Prekuel

Idea Star Wars Zack Snyder yang tidak direalisasikan kini diolah semula menjadi filem Rebel Moon untuk Netflix. Mesta Rebel Moon dikatakan akan dikembangkan ke pelbagai medium termasuk animasi dan juga permua. Terbaru, komik prekuel telah diumumkan.

Komik Rebel Moon: House of the Bloodaxe berlaku lima tahun sebelum filem pertama iaitu A Child of Fire. Ia ditulis oleh Eisner-nominated Mags Visaggio, lukisan oleh Clark Bint dan warna oleh Francesco Segala. Komik ini akan diterbit oleh Titan Comics dan akan mula dijual pada 10 Januari 2024.

Filem Rebel Moon pertama akan tiba di Netflix pada 22 Disember, sementara bahagian kedua iaitu The Scargiver akan tiba pada 19 April 2024. Versi Snyder Cut dengan durasi 6 jam dan lebih ganas turut akan dilancarkan.

Sohor Kini