Buat pertama kali di TUDUM 2023, Netflix kongsi video mengacah dunia angkasa Rebel Moon iaitu filem Zack Snyder. Video di sebalik tabir filem ini turut memperlihatkan bagaimana setiap pelakon bersedia untuk watak masing-masing dan turut kelihatan adalah klip pendek CGI yang cukup realistik.

Rebel Moon akan tiba di Netflix pada 22 Disember tahun ini. Anda boleh tonton video ini di bawah;

Berikut adalah sinopsis rasmi;

Apabila satu kediaman di angkasa yang aman diancam oleh tentera yang kejam, Kora (Sofia Boutella) gadis misteri di kediaman ini menjadi adiwira mereka. Kora kemudian merekrut pahlawan berbakat untuk menentang Mother World. Setiap pahlawan ini masing-masing berdendam dan bermulalah pertarungan angkasa yang tidak dijangkakan.

Sohor Kini