Skip to main content

Walt Disney Pictures telah berkongsi treler pertama untuk Mufasa: The Lion King iaitu filem muzikal seterusnya berdasarkan The Lion King. Filem ini diarahkan oleh Barry Jenkins dan menggunakan animasi dengan gaya aksi nyata dan ditayangkan pada 20 Disember 2024.

Filem ini boleh dikatakan sebagai sekuel dan juga prekuel dengan ia memfokuskan kepada kisah silam untuk Mufasa iaitu bapa kepada Simba, tetapi penceritaan ini disampaikan oleh Rafiki kepada Kiara iaitu anak kepada Simba dan Nala.

Donald Glover, Seth Rogen, Billy Eichner, John Kani dan Beyonce kembali untuk membawa watak mereka daripada The Lion King (2019) bersama dengan Aaraon Pierre yang akan membawa watak Mufasa, Kelivin Harrison Jr., Tiffany Boone, Mads Mikkelsen dan Blue Ivy Carter.

Leave a Reply