Skip to main content

HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Honkai: Star Rail iaitu versi 2.2 dengan judul “Then Wake to Weep” akan tiba kepada semua pemain pada 8 Mei 2024 yang antaranya menyertakan dua watak baharu iaitu Robin dan Boothill.

Meneruskan penceritaan utama, Traiblazer akan memasuki beberapa Dreamscapes baharu bermula dengan Dreamflux Reef, satu kawasan yang sangat berbeza dengan kawasan sebelum ini dan menyertakan mister tersendiri. Pemain juga akan terjumpa dengan rakan laman yang tidak dijangkakan.

Watak baharu pertama yang disertakan ialah Robin yang merupakan watak 5-bintang mengikuti Harmony dengan kuasa Physical dengan fokus untuk memberi buff kepada rakan sepasukan dan pada masa yang sama melakukan damage yang berterusan selepas Ultimate.

Watak seterusnya merupakan sebuah cyborg cowboy yang juga watak 5 bintang mengikuti The Hunt dengan kuasa Physical. Boothill mempunyai kebolehan untuk menyerang seorang penjahat dan Taunt penjahat tersebut, manakala Ultimate akan memberikan Physical Weakness dan juga menunda gerakannya.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan Topaz & Numby dan Fu Xua bersama dengan Robin serta Boothill sepanjang versi 4.4 ini.

Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply