CD Projekt Red telah melancarkan penambahan untuk Cyberpunk 2077 iaitu Phantom Liberty dan telah memperlihatkan permainan ini kembali popular, terutama selepas memberi penambah-baikkan melalui kemaskini 2.0 sebelum ini.

Anda boleh tonton treler pelancaran untuk Phantom Liberty di bawah.

Cyberpunk 2077 di Steam telah mencatat lebih kurang 15 ribu pemain serentak secara purata untuk beberapa bulan yang lepas, sejak kemaskini 2.0 dilancarkan, jumlah pemain memperlihat peningkatan sehingga mencecah 100 ribu pemain serentak dan tertinggi adalah selepas Phantom Liberty dilancarkan dengan 246 ribu pemain serenta dicatatkan.

Jumlah ini masih rendah jika ingin dibandingkan dengan catatan tertinggi sebelum ini iaitu 1 juta pemain serentak tetapi setaraf dengan jumlah pemain yang dicatatkan permainan utama tahun ini iaitu Baldur’s Gate 3 dan Starfield.

Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC, namun kemaskini terbaru termasuk juga penambahan Phantom Liberty hanya dikeluarkan untuk PS5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini