SteamDB telah melaporkan yang selepas dilancarkan secara akses awal hari ini, Starfield telah mencatat 234,502 ribu pemain serentak di Steam, semasa penulisan ini terdapat 143 ribu pemain yang sedang bermain.
Jumlah ini mungkin sudah dijangkakan untuk permainan sebesar ini, akan tetapi ia mengagumkan kerana hanya yang membeli edisi Premium sahaja boleh mendapatkan akses awal ini. Ini ditambah lagi dengan Starfield akan dilancarkan di dalam PC Game Pass tidak lama lagi.
Selain Steam, Starfield juga dilancarkan melalui Windows Store dan di Xbox Series dan kita boleh anggarkan jumlah pemain sebenar yang bermain secara akses awal adalah lebih tinggi daripada yang dicatat ini.
Kami baru sahaja menerima kod permainan Starfield hari ini dan ulasan akan tiba dalam masa beberapa minggu lagi, namun berdasarkan markah di Metacritic ia buat masa ini mendapat 88 markah daripada 50 ulasan.