Skip to main content

Larian Studios hari ini telah melancarkan secara rasmi Baldur’s Gate 3 di PC dan tampaknya telah menjadi antara permainan terbesar pada tahun ini dengan mencatatkan 472,136 pemain serentak hari ini di Steam.

Ini adalah permainan ketiga bagi siri Baldur’s Gate yang merupakan diadaptasi daripada permainan Dungeons & Dragons. Ia merupakan permainan RPG dengan terdapat pelbagai bangsa dan juga kelas yang boleh dipilih oleh pemain.

Permainan ini berlaku 120 tahun daripada kejadian di dalam Baldur’s Gate II: Shadows of Amn dan beberapa bulan selepas kejadian Baldur’s Gate: Descent into Avernus iaitu modul pengembaraan bagi Dungeons & Dragons.

Baldur’s Gate 3 buat masa ini hanya dilancarkan untuk PC dengan versi PlayStation 5 dan juga Mac akan tiba 6 September ini, manakala versi Xbox dijangka tiba tahun depan.

Leave a Reply