Sebelum ini The Super Mario Bros. Movie adalah filem tahun 2023 yang paling laris dengan kutipan mencapai lebih $1 bilion. Mario kini mencatatkan kutipan $1,360,454,146 (~RM6,388,692,669) dan telah ditewaskan oleh satu lagi filem berasaskan jenama mainan iaitu Barbie yang kini mencatatkan $1,417,778,910 (~RM6,657,889,761).
Baca – Ulasan The Super Mario Bros. Movie
Filem Barbie secara tidak langsung telah menjadi filem Warner Bros. dengan kutipan tertinggi mereka dalam sejarah. Barbie adalah filem yang diarahkan oleh Greta Gerwig dengan lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling. Filem ini mengisahkan Barbie yang kali pertama menjejakkan kaki ke dunia nyata keluar daripada Barbie Land.
Baca – Ulasan Barbie