The Super Mario Bros. Movie telah menjadi filem pertama bagi tahun 2023 mencatat kutipan melebihi $1 bilion dengan kutipan $1.3 bilion iaitu sekitar RM5.9 bilion dan menjadi filem kutipan tertinggi untuk tahun ini.
Filem di tempat kedua adalah Guardians of the Galaxy Vol. 3 dengan kutipan $781 juta dan juga Fast X dengan kutipan $604 juta setakat ini.
Selain itu, The Super Mario Bros. Movie juga telah menjadi filem animasi kedua dengan kutipan tertinggi menewaskan Frozen (2013). Tempat pertama kekal dengan filem Frozen II yang menerima kutipan sebanyak $1.4 bilion. Ini adalah jika tidak mengambil filem The Lion King (2019) sebagai satu filem animasi.
Ini adalah kali pertama sejak 4 tahun filem animasi bukan Disney pecah rekod kutipan. Di Malaysia filem animasi Mario ini ditayangkan selama 6 minggu dengan kutipan sebanyak RM18,572,090.