Tahukah anda dalam banyak-banyak filem Warner Bros., filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah sehingga hari ini adalah Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2. Filem ini telah mengutip sebanyak $1,342,359,942 (~RM6,243,987,270) .
Baca – Ulasan Barbie
Baru-baru ini kehangatan Barbenheimer masih lagi terasa apabila Barbie mungkin akan mencipta sejarah baharu Warner Bros. Menurut laporan Variety, hujung minggu lalu filem ini menerima lagi $18.2 million kutipan daripada tayangan di 12,852 pawagam di seluruh dunia. Barbie kini mencatat kutipan sebanyak $1,340,301,000 (~RM6,234,410,101).
Cuma masih tidak pasti jika Barbie boleh menjadi filem 2023 dengan kutipan tertinggi kerana Super Mario Bros. Movie masih berada di tempat pertama dengan kutipan $1,359,332,753 (~RM6,322,936,300). Filem lain yang turut hangat adalah Oppenheimer yang menjadi antara filem Christopher Nolan paling berjaya selepas bertahun.