Kehangatan Barbenheimer masih lagi terasa. Dua filem iaitu Barbie dan Oppenheimer telah mengutip RM2.3 bilion pada hujung minggu pertama. Kedua-dua filem ini masih menjadi perbualan orang ramai walaupun sudah masuk ke minggu ketiga.
Baca – Ulasan Barbie
Menurut Box Office Mojo, filem Barbie telah pun mengutip sebanyak $1,031,481,000 iaitu sekitar RM4,698,911,695 menjadikan filem Warner Bros. terpantas yang mencapai nilai. Dalam carta filem 2023 dengan kutipan tertinggi, Barbie berada di tempat kedua di bawah filem animasi Super Mario Bros. Movie yang mengutip $1,352,756,895 (~RM6,162,484,035).
Selepas Barbie, Mattel Films ada merancang untuk sekuel dan akan mengadaptasi berpuluh produk mainan mereka kepada filem aksi nyata. Adakah selepas ini kita boleh lihat mesta filem berasaskan mainan pula menarik perhatian ramai? Sama-sama kita nantikan.