Bermula minggu lepas semua panggung kerap dikunjungi ramai orang kerana demam panas Barbenheimer iaitu nama gelaran bagi filem Barbie dan Oppenheimer yang mempunyai tarikh tayangan yang sama. Berbenheimer telah mencipta rekod kutipan hujung minggu pertama dengan nilai mencapai sekitar RM2.3 bilion.
CEO Mattel baru-baru ini menyatakan yang kejayaan filem Barbie membuka peluang untuk Mattel Film hadir dengan filem sekuel. Barbie turut dikatakan mempunyai potensi untuk dikembangkan ke siri TV dan juga dalam format lain.
Dalam temuramah antara Omeleteve dengan Cillian Murphy, beliau memberitahu jika ada filem Barbie 2 beliau berminat untuk menjadi watak Ken. Murphy turut memberitahu beliau sukakan konsep filem ini dan ingin menontonnya nanti.
Mattel turut mempunyai 45 projek filem dalam pembangunan berdasarkan mainan-mainan mereka. Ini termasuk dengan filem seram ngeri Magic 8 Ball, filem Hot Wheels dan sesuatu yang berkaitan dengan Uno.
Sumber – Deadline