Dua filem besar yang tiba serentak pada minggu lepas iaitu Barbie dan juga Oppenheimer tidak menjadi masalah untuk kedua-dua filem apabila mendapat kutipan yang baik untuk hujung minggu pertama.

Kedua-dua filem yang digelar sebagai ‘Barbenheimer’ telah mengutip $551 juta (~RM2.3 bilion) selepas 3 hari dengan 60% adalah Barbie iaitu $337 juta dan $174 juta untuk Oppenheimer.

Barbie menerima kutipan yang lebih tinggi sudah dijangkakan kerana lebih bersifat umum berbanding filem Oppenheimer.

Dengan kutipan untuk Barbie ini, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk memasuki 10 filem dengan kutipan tertinggi bagi tahun ini. Buat masa ini ia berada di kedudukan ke-11 di belakang Elemental dengan perbezaan kurang $20 juta.

Dengan kutipan untuk Oppenheimer ini, ia telah menjadi antara kutipan terbaik bagi filem oleh Christopher Nolan untuk hujung minggu pertama yang bukan filem Batman.

Sebagai perbandingan Dunkirk mengutip $105 juta manakala Tenet $150 juta tetapi dengan kutipan rendah di Amerika Syarikat kerana pandemik Covid-19.

Manakala Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One yang keluar seminggu lebih awal memperlihatkan kutipan yang lebih perlahan pada minggu ini, selepas bermula dengan baik untuk minggu pertama.

Namun, ia adalah tidak mengejutkan kerana penonton akan lebih memberi fokus untuk menonton filem baharu iaitu Barbie dan Oppenheimer.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Barbie, Oppenheimer dan juga Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One.

Sohor Kini