Uno adakah permainan kad yang diperkenalkan sejak tahun 1971 lagi. Saya masih ingat, ketika zaman masih kanak-kanak ini adalah antara permainan kad yang kerap dimainkan apabila ada masa lapang. Kini di zaman moden, pasti ramai kanak-kanak yang sudah dewasa tidak tahu cara bermain Uno atau tahu dengan bermain secara digital.

Terkini menurut Variety, permainan kad Uno ini akan diadaptasi menjadi rancangan realiti. Walau bagaimanapun, buat masa ini masih tidak pasti lagi siapa yang akan menyiarkan rancangan ini. Tetapi rancangan ini akan dihasilkan oleh Mattel sendiri iaitu syarikat yang memiliki permainan Uno (1992). Adam Bonnett pula akan menjadi penerbit eksekutif, wakil dari Mattel Television.

Rancangan ini akan digelar “The Uno Game Show”, yang mana akan menyertakan empat pasukan, tiada skrip dan masing-masing akan berlawan untuk menjadi juara. Permainan kad ini ingin dijadikan sebagai rancangan realiti kerana ia adalah permainan yang menarik. Sehingga hari ini, sudah ada banyak variasi Uno. Tidak terkejut jika akan ada perubahan pada versi TV sambil mengekalkan peraturan asal.

Sohor Kini