Mattel iaitu syarikat di sebalik Barbie, Hot Wheels dan banyak lagi sedang sibuk berusaha dalam industri perfileman pula di bawah Mattel Films. Antara projek mereka yang telah kami laporkan adalah filem aksi nyata Barbie bersama Margot Robbie dan Ryan Gosling.

Terkini, mereka mengesahkan akan hadir dengan filem aksi nyata Hot Wheels pula. Mattel Films akan bekerjasama dengan Warner Bros. untuk menghasilkan filem ini dan J.J. Abrams juga akan terlibat di bawah studio beliau, Bad Robots.

Filem ini masih tiada sebarang jalan cerita, senarai pelakon tetapi mereka mengesahkan akan menyertakan kereta paling seksi di dunia, monster truck dan pelbagai motosikal. Turut tidak pasti sama ada adakah ini filem lumba kereta, atau seakan francais Fast & Furious lebih kepada menyelamatkan dunia.

Sohor Kini