Geoff Keighley sebelum ini telah mengumumkan yang Summer Game Fest akan kembali lagi tahun ini untuk menjadi acara permainan video utama pada musim panas ini. Ini lebih-lebih lagi dengan E3 dibatalkan kerana tidak mendapat sokongan penerbit-penerbit besar.
Terbaru, Summer Game Fest telah mengumumkan yang acara tersebut akan melibatkan lebih 40 penerbit yang akan melakukan pengumuman dan juga perkongsian mengenai permainan-permainan mereka.
Berikut adalah senarai penerbit yang terlibat;
Seperti kebiasaan untuk Summer Game Fest, tidak semua penerbit ini akan melakukan acara mereka secara berasingan, tetapi akan menjadi sebahagian daripada pelbagai pengumuman ketika acara pembukaan.
Summer Game Fest akan berlangsung pada 8 Jun 2023.