Skip to main content

E3 merupakan salah satu acara tahunan yang sering menjadi fokus sebelum ini, dimana pelbagai permainan baharu akan diumumkan dan diketengahkan melaluinya. Namun, untuk tahun 2023 ini, ia dilaporkan acara tersebut telah pun dibatalkan.

Acara yang dijadualkan pada bulan Jun 2023 akan datang ini kini dibatalkan kerana tidak berjaya menarik minat industri dari segi saiz dan juga impak.

Pembatalan ini hadir selepas sejumlah syarikat mengumumkan tidak akan menyertai acara E3 pada tahun ini, termasuk Microsoft, Nintendo dan juga Ubisoft.

Dengan langkah ini, mungkin kita akan melihat pelbagai permainan kini diumumkan melalui acara yang diadakan oleh setiap jenama permainan secara berasingan – yang mungkin memberikan lebih impak kepada jenama tersebut, dan tidak bersaing liputan media dalam satu minggu yang sama.

Leave a Reply