Skip to main content

Pada awal pagi tadi, kita telah menerima berita yang mengecewakan tetapi sudah dijangkakan iaitu pembatalan penganjuran expo terbesar industri permainan video iaitu E3.

Namun, pembatalan ini tidak bermakna yang bulan Jun nanti tidak akan mempunyai banyak perkongsian-perkongsian mengenai permainan video, dengan kebanyakan penerbit akan melakukan acara mereka sendiri dan kebiasaannya di bawah payung Summer Game Fest.

Geoff Keighley telah mengumumkan yang Summer Game Fest akan kembali pada 8 Jun 2023 secara penstriman langsung. Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan penerbit-penerbit yang akan terlibat dengan acara ini.

Leave a Reply