Filem Fantastic Four akan ditayangkan pada 14 Mac 2025. Kita masih ada dua tahun lagi tetapi filem ini masih di peringkat pembangunan awal. Skrip masih sedang ditulis, pengarah sudah ditemui tetapi senarai pelakon masih dirahsiakan lagi.

Ramai yang tidak sabar ingin melihat iterasi Marvel Studios kepada filem Fantastic Four selepas olahan semula tahun 2015 gagal. Antara yang sedang hangat dibincangkan di Internet sekarang adalah pelakon Reed Richards/Mr. Fantastic.

John Krasinski yang memainkan watak ini dalam Doctor Strange 2 besar kemungkinan tidak akan kembali kerana beliau hanyalah satu pilihan peminat yang sudah bertahun lamanya diminta dan Disney hanya ingin puaskan hati peminat sahaja.

Terkini Adam Driver pelakon Kylo Ren dalam Star Wars dikatakan sudah dalam perbincangan akhir untuk menjadi watak ini. Maklumat ini dilaporkan oleh Daniel Richtman yang ketika zaman Avengers: Endgame banyak maklumat tertiris yang benar adalah dari beliau.

Sebelum ini ada tertiris yang Marvel mencari pelakon Star Wars. Tetapi nama Penn Badgley pelakon siri You di Netflix pernah disebut dan Diego Luna juga ada didengari agar filem kekal seimbang dan adil. Tetapi nama Adam Driver ini dilihat seakan mungkin nama calon terakhir.

Masih tiada maklumat rasmi lagi setakat ini. Sama-sama kita nantikan kejutan dari pengarah, penulis dan studio yang ingin menjayakan filem ini.

Sohor Kini