Sebelum ini, filem Fantastic Four sepatutnya diarahkan oleh Jon Watts iaitu pengarah filem Spider-Man. Namun beliau yang ingin berehat daripada filem adiwira, membuatkan Marvel memulakan misi mencari pengganti.

Dilaporkan sebelum ini, Marvel cuba mendapatkan pengarah WandaVision. Di acara D23, Marvel mengesahkan yang mereka berjaya. Ini bermakna, secara rasmi Matt Shakman adalah pengarah filem Fantastic Four.

Sohor Kini