Doctor Strange in the Multiverse of Madness akhirnya disiarkan disiarkan di Disney+ Hotstar minggu lalu. Ia adalah filem pertama dalam Marvel Cinematic Universe yang memfokuskan sepenuhnya kepada konsep multimesta atau alam pelbagai selepas ia diacah dalam siri TV Loki dan juga Spider-Man: No Way Home.

Baca: Ulasan Doctor Strange in the Multiverse of Madness – Perwatakan Kurang Menyerlah Dalam Dunia Multimesta

Dengan konsep multimesta ini diimplementasikan dalam dunia MCU, pelbagai potensi Disney dan Marvel boleh lakukan untuk puaskan hati para peminat komik dan juga pengikut filem/siri TV. Antara yang dipertontonkan dalam filem ini adalah ada pelbagai variasi Doctor Strange seperti Defender Strange, Sinister Strange, Supreme Strange dan Zombie Strange.

Bukan Doctor Strange sahaja ada variasi, watak lain turut ada. Antaranya adalah Wanda dari Earth-838, pasukan Illuminati yang terdiri daripada Maria Rambeau sebagai Captain Marvel, Peggy Carter sebagai Captain Carter (dunia tiada Captain America), Black Bolt, Professor X lakonan Patrick Stewart dan juga John Krasinski sebagai Reed Richards/Mr. Fantastic.

John Krasinski sebagai Mr. Fantastic dalam MCU

Dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness di Disney+, terdapat komentar daripada pengarah filem, Sam Raimi. Menurut beliau besar kemungkinan John Krasinski tidak akan kembali berlakon sebagai Mr. Fantastic dalam MCU.

Ini adalah kerana, peminat sudah lama membayangkan dan inginkan John Krasinski dan isteri beliau Emily Blunt berlakon sebagai Reed Richards dan Sue Storm. Untuk memuaskan hati peminat, Kevin bersetuju memilih beliau sebagai pelakon ini khusus untuk dalam dunia alternatif MCU atau multimesta.

Ia lebih kepada dunia fantasi di mana pelakon yang diminati peminat dapat memainkan watak yang mereka inginkan. Ini bermakna, Reed Richards/Mr. Fantastic dalam MCU di dunia Earth-616 akan dilakonkan oleh pelakon lain. Filem ini masih di awal pembangunan dan tidak mustahil jika rancangan mereka boleh berubah.

Konsep daripada BossLogic, 2018

Tiada lagi apa-apa kemaskini mengenai filem pertama Fantastic Four dalam MCU, seperti jalan cerita, senarai pelakon penuh atau tarikh tayangan. Apa yang kita tahu, Jon Watts tarik diri sebagai pengarah dan penerbit Moon Knight akan terlibat dengan filem ini.

Sohor Kini