Sebelum ini kami sudah melaporkan yang produksi untuk filem Blade telah ditunda selepas mereka kehilangan pengarah, oleh disebabkan perkara tersebut, tayangan untuk filem Blade juga telah ditunda berbanding pada tahun 2023, ia hanya akan tiba pada 6 September 2024.

Penundaan Blade ini juga telah memberikan “tindakbalas berantai” dengan beberapa lagi filem di bawah Marvel Cinematic Universe juga telah ditunda, berdasarkan laporan oleh Forbes.

Antaranya adalah Deadpool 3 yang telah diumumkan akan melibatkan Hugh Jackman sebagai Wolverine, tidak lagi akan ditayangkan pada bulan September 2024, sebaliknya ia kini hanya akan tiba pada 8 November 2024.

Manakala Fantastic Four yang akan diarah oleh Matt Shakman dan ditulis oleh Jeff Kaplan serta Ian Springer tidak lagi ditayangkan pada tahun 2024 sebaliknya akan tiba pada 14 Mac 2025.

Ada satu projek MCU yang masih tidak diumumkan sepatutnya ditayangkan pada Februari 2025, telah ditunda ke 7 November 2025 yang telah memberi kesan kepada filem penutup untuk MCU Fasa 6 iaitu Avengers: Secret Wars yang tidak lagi akan ditayangkan pada 7 November 2025 sebaliknya hanya akan tiba pada 1 Mei 2026.

Sohor Kini