Josh Friedman iaitu penulis yang dikenali dengan siri Foundation, Snowpiercer, Locke & Key serta filem seperti Avatar 2 (dengan perancangan terlibat dengan Avatar lain) adalah seorang yang hebat dalam menulis skrip filem. Beliau kini semakin sibuk dengan ada laporan menyatakan filem Kingdom of the Planet of the Apes juga oleh beliau.
Terkini Freidman telah dipilih menjadi penulis bagi filem Fantastic Four Marvel Cinematic Universe. Filem ini akan diarahkan oleh Matt Shakman iaitu pengarah WandaVision dengan filem dijadualkan akan tiba pada Februari 2025.
Masih tiada butiran lagi apakah kisah di sebalik Fantastic Four dalam dunia MCU. Adakah ia filem asal-usul, filem yang terus menyatakan pasukan adiwira ini sudah wujud selama ini semuanya masih dirahsiakan lagi.
Fantastic Four adalah pasukan adiwira yang diketuai oleh saintis Reed Richards dengan kuasa elastik dan mempunyai rakan lain seperti Invisible Woman yang boleh menjadi lutsinar, Human Torch yang boleh mengeluarkan api dan terbang serta The Thing iaitu manusia yang menjadi batu.