Penulis Peaky Blinders Akan Menulis Skrip Filem Star Wars

Disney dan Lucasfilm ada banyak projek filem dan siri Star Wars dalam perancangan. Tetapi tidak semua akan menjadi realiti walaupun sudah ada yang diumumkan.

Filem Star Wars oleh Kevin Feige dan Patty Jenkins telah pun terkubur dalam arkib. Akan tetapi filem Star Wars baharu arahan dan lakonan Taika Waititi, serta oleh Damon Lindelof (pencipta bersama siri Lost) dan filem Star Wars oleh pengarah Deadpool 3 iaitu Shawn Levy dikatakan akan diteruskan.

Terkini Damon Lindelof dengan rakan Justin Britt-Gibson telah menarik diri dari menulis filem Star Wars. Disney walau bagaimanapun telah menemui pengganti iaitu Steven Knight penulis kepada siri popular Peaky Blinders.  Sharmeen Obaid-Chinoy pula akan menjadi pengarah, sekali lagi bekerjasama dengan Disney selepas Ms. Marvel.

Filem ini dikatakan adalah filem Star Wars pertama selepas Rise of the Skywalker. Tetapi segala butiran mengenai filem ini masih dirahsiakan. Setakat ini antara butiran yang kita tahu mengenai filem Star Wars hanyalah projek yang ditulis Waititi kerana beliau kini dalam perbincangan untuk turut berlakon di dalamnya.

Sohor Kini