Sudah bertahun kita tiada filem Star Wars. Disney dan LucasFilm ada merancang untuk menayangkan filem Star Wars baharu pada Disember tahun 2025. Tetapi masih tiada informasi filem apakah yang akan ditayangkan.

Filem Star Wars Kevin Feige dan Patty Jenkins telah pun terkubur. Kini tinggal filem Star Wars arahan Taika Waititi, Shawn Levy dan Damon Lindelof yang merupakan salah seorang pencipta Lost.

Taika Waititi pernah menyatakan yang filem Star Wars beliau akan fokus kepada watak baharu dan lokasi baharu bagi mengembangkan lagi dunia angkasa Lucasfilm ini. Waititi turut pernah mengarah beberapa episod The Mandalorian dan turut ada berlakon di dalamnya.

Kini Deadline melaporkan yang pengarah yang terkenal dengan gelagat komedi ini turut dalam perbincangan untuk menjadi salah seorang watak dalam filem Star Wars arahan sendiri. Buat masa ini tiada butiran lain yang didedahkan, projek filem Star Wars terus menjadi misteri. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini